Basic Scratch

19 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan platform scratch. Kelas tersebut dihadiri oleh 6 orang murid SK Batang Maro. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan Scratch. Scratch merupakan platform untuk mengajar peserta membuat animasi dan permainan dengan menggunakan Bahasa komputer.

Kanak-kanak yang telah mempelajari Scratch akan mempunyai lebih banyak pengetahuan dalam bidang Matematik tertentu. Hal ini dikatakan demikian kerana, mereka yang mempelajari Scratch akan memiliki pemikiran komputational. Oleh itu, mereka akan menyelesaikan masalah dengan lebih efektif dan sistematik. Mereka juga akan memikirkan cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi untuk mengelakkan daripada merumitkan masalah. Dengan itu, Scratch adalah salah satu platform yang dapat membantu peserta untuk mempupuk daya pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif sejak dari kecil lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali